Thursday, March 25, 2010

TM UNIFI – Highspeed Broadband – Pakej dan Harga


Semalam Perdana Menteri telah melancarkan Internet Kelajuan Tinggi (HSBB) dari Telekom Malaysia. Internet terbaru ini dikenali sebagai Unifi yang mana ia menggunakan talian fiber terus ke premis samada rumah atau premis perniagaan. Oleh kerana Unifi ini menggunakan talian  fiber maka kelajuan internet lebih tinggi dapat direalisasikan.Di samping itu dengan menggunakan talian fiber yang sama ia juga dapat menyalurkan servis tambahan seperti IPTV (Internet Protocol TV) dan juga talian telefon secara digital berikut adalah package dan harga untuk TM Unifi
Tm 
Hsbb Unify
klik untuk image yang lebih besar
Kalau kita lihat senarai harga package yang ditawarkan saya rasa ianya adalah lebih baik dari package streamyx yang ada sekarang sebagai cth kalau kita ambil package yang paling rendah VIP5 harga ialah RM149.00 lebih kurang sama dengan harga package 4meg sekarang tetapi dalam VIP5 perkhidmatan lain seperti IPTV dan telefon juga diberikan. Kedua kalau kita lihat di package tersebut kelajuan download dan upload adalah sama iaitu 5 meg. Untuk DSL streamyx upload speed adalah lebih rendah kerana kekurangan pada sistem DSL itu sendiri. Ini mebolehkan kita upload video ke youtube misalnya dalam format HD dengan lebih cepat dan ini juga memboleh kan video confrencing lebih smooth  dan dalam resolution yang lebih tinggi untuk kedua-dua belah pihak. Untuk IPTV ianya tidak berkongsi bandwidth dengan internet ia disalurkan secara berasingan dengan talian internet yang mana IPTV mempunyai dedicated bandwith sebanyak 8mbps. Jadi ia tidak menganggu kelancaran internet terutama package yang rendah iaitu VIP5. Untuk Talian telefon, satu nombor baru akan diberikan. Panggilan ke talian tetap TM adalah percuma dan charge untuk talian lain samada untuk handphone atau talian tetap dari penyedia lain  charge dikenakan sebanyak 10 seminit. Untuk IDD charge seperti biasa. Bagi saya ini sebagai sesuatu yang baik ..bayangkan kita boleh berbual panjang di telephone terutama jika kita call ke outstation cth dari perak ke johor atau sabah sarawak misalnya.
Cuma apa yang menjadi perbualan hangat kepada pengguna internet adalah bandwidth cap. Bandwidth cap ini adalah had atau limit jumlah bandwidth yang digunakan pada satu-satu bulan. Jika kita lihat limit untuk VIP5 adalah sebanyak 60gig.  Bagi pengguna internet yang heavy 60 gig adalah terlalu keci untuk highspeed internet.  Dan jumlah ini akan cepat sampai ketahap limit jika mereka menonton video HD, download file yang besar dan sebagainya. Bagi mereka adalah lebih baik menggunakan streamyx 4meg yang mana adalah unlimited. Begitu juga dengan package VIP20 yang mana limit atau cap hanya 120gig. Mereka tidak membantah limit atau cap sebab kebanyakkan service provider di seluruh dunia juga meletakkan limit atau bandwidth untuk satu-satu bulan . Cuma mereka mempersoalkan kenapa limit untuk package ini terlalu kecil berbanding kelajuan yang tawarkan. Ini kerana lebih laju interne lebih banyak akan di download dan masalah lebih banyak di download lebih cepat limit sampai ke penghujung. Namun sehingga artikel ini di tulis samada
TM akan mengimplementasi bandwidth cap serta merta atau tidak  saya masih tidak pasti…dan apa akan jadi pada speed dan connection jika bandwidth  sampai ke tahap limit …samada speed jadi lebih perlahan atau connection untuk bulan tersebut di sekat. Memang saya sendiri agak terkejut dengan limit yang di hadkan. Walaupun saya bukan kaki download tapi bagi saya limit tersebut adalah terlalu kecil dan tidak sepadan dengan kelajuan.
Apa pun servis UNIFI yang baru diperkenalkan oleh TM ini harus disambut dengan baik.. memang saya tak dapat nafikan ada kelebhian dan kekurangan di sana sini..tapi saya pasti pengguna akan menerimanya dan TM sendiri seharuslah memperbaiki dari segi harga dan servis pada tahap yang sepatutnya pada masa akan datang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification