Walau apa barang jua sekali pun orang cakap and kutuk pasal Streamyx Broadband, aku tetap menyokong Streamyx Broadband. Hohoho! Inilah satu-satunya broadband yang aku panggil broadband sebab internet service provider yang lain, mostly aku panggil as BERUKBAND. Hehehehe! Aku tak cakap yang mana satu ok
Sebelum ni aku pernah jugak beralih dan merajuk daripada Streamyx Broadband tapi ternyata aku sangat merindui apa yang Streamyx Broadband buat dekat aku. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan berak pun tak lawas! Muahaha! Serius dowh itulah yang aku lalui sekarang ni.
Sekarang ni aku menggunakan Celcom Bxxxxband untuk sementara waktu sebab aku kan baru pindah rumah sewa yang baru. Pastu rumah baru ni kabel dalam untuk telefon dah ada, cuma kabel TM yang berdekatan belum dikorek lagi.Aiseyh! Tu yang aku malas nak pindah rumah sewa baru.
Padahal tuan rumah sewa yang lama macam tak jadi jual rumah dia je. Yang paling best sekali, kunci rumah tu masih ada dekat aku lagi. Ntah bila dia nak ambik pun tak tau la. Nanti aku buat jadi hak sendiri baru tau. Hohoho! Korang rasa dalam masa 30 hari dia tak mintak kunci, rumah tu boleh jadi hak aku tak? Aku halalkanlah dekat dia duit deposit rumah yang dia tak bagi la tu. Miahaha!
Sambung balik pasal Streamyx Broadband kesayangan. Walaupun kadang-kadang Streamyx ada masalah, tapi masalah diorang tak seteruk internet service provider yang lain. Ikhlas la aku cakap tu kan. Siapa yang suruh potong Streamyx tu memang seorang yang agak hidung tinggi jugaklah bagi aku.
Aku rasa sangat berbaloi bagi sesiapa yang belum ada koneksi internet dekat rumah tu, bawak-bawaklah mengucap dulu and bertenang. Cuba pergi dekat mana-mana kiosk TM ataupun Streamyx Broadband. Usyar apa promosi yang diorang tengah buat sekarang. Macam-macam ada dow! Siap boleh dapat komputer PERCUMA tu. Kan berbaloi untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.
Bagi sesiapa yang asyik pergi lepak cyber cafe tu, apa salahnya melutut dekat depan ayah korang yang hisap rokok paip depan TV tu. Korang pegang kaki mak korang yang tengah tumbuk cili dekat dapur tu, merayu sikit la. Berkorban sikit nak dapat layan tenet kat rumah korang sendiri. Baru layan dow! Hahahaha! Ok geng, korang pikir-pikirkanlah pasal Streamyx Broadband balik ok.
0 comments:
Post a Comment