Friday, April 30, 2010

Nokia N900 macam komputer


REKAAN telefon bimbit dengan papan kekunci QWERTY kian popular pada produk Nokia yang disaksikan melalui model N900.
Model baru berasaskan sistem operasi Maemo 5 oleh Linux itu mempunyai ciri capaian antaramuka pantas menggunakan skrin sesentuh dengan keupayaan setanding komputer peribadi (PC) netbook.
Fungsi ‘Dashboard’ pada antaramukanya pula mempercepatkan pemprosesan aplikasi dan pelbagai tugas yang turut membenarkan pengguna mengubahnya mengikut keselesaan masing-masing.

Selain itu, Nokia meneruskan tradisi menggunakan khidmat Carl Zeiss Tessar sebagai lensa optik kameranya yang ditawarkan pada resolusi 5.0 megapiksel.

Memori sebanyak 32 gigabait pula cukup untuk anda menyimpan foto, video atau lagu selagi terdaya serta mampu mengakses e-mel menggunakan fungsi tolakan e-mel.
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia N900
HARGA: RM2280
SISTEM OPERASI: Maemo 5
MEMORI: 32GB (dalaman), kad microSD
PAPARAN: 3.5 inci, skrin sesentuh
RANGKAIAN: GPRS, EDGE, WCDMA, HSPA, WLAN
PROTOKOL: Exchange, IMAP, POP3, SMTP
KANDUNGAN INTERNET: Adobe Flash Player 9.4, Javascript 1.8, XML, HTML, XHTML, CSS
CIRI: Ovi Maps
FORMAT VIDEO: WVGA,.mp4: MPEG4, AAC
BATERI: BL-5J
SAMBUNGAN: bluetooth, microUSB
DIMENSI: 110.9 x 59.8 x 18 (19.55)mm
BERAT: 181g

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification