Monday, April 19, 2010

INTERNET MAKLUMAT TERUS TANPA SEKATAN

Sana sini orang memperkatakan tentang Internet (International Network - saluran perhubungan komputer tercanggih masa kini). Kecanggihan teknologi maklumatnya merangkumi pelbagai fungsi samada menyediakan maklumat politik antarabangsa dan setiap negara di dunia, sosio~ekonomi, aliran pelaburan dan kewangan, peperangan, sistem perbankan, sukan, seiarah, sains dan teknologi, geografi, lukisan dan lain-lain maklumat terkini yang kita inginkan.
Internet sudah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden hari ini. Bukan hanya orang dewasa sahaja yang menggunakan Internet malah kanakkanak pun tahu menggunakannya.
Internet bukan sahaja beriaya menghubungkan komunikasi ke seluruh dunia tetapi juga boleh menyelesaikan banyak permasalahan, pertikaian ekonomi dan aliran pelaburan global.
Kini terdapat lebih daripada 40,000 rangkaian yang membentuk Internet di seluruh dunia dan Malaysia juga turut mencapai kejayaan yang membanggakan apabila ahli seluruh Malaysia.
Jaring (salah satu daripada rangkaian dalam Internet)telah mencapai bilangan ahli seramai lebih daripada 30,000 orang di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan Internet di Malaysia dikendalikan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia . (MlMOS) dengan menggunakan Sistem Jaring.
"Pendekata penggunaan Internet sudah semakin bertambah. Pada tahun 1995 bilangan pelanggan Jaring telah bertambah seramai 22 peratus setiap bulan," kata Pengarah Bahagian Sistem Komputer MIMOS, Dr. Mohamed Awang Lah.
Menurut Dr. Mohamed, Internet, membolehkan komputer berkomunikasi untuk memindahkan maklumat di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Katanya, semua maklumat yang terdapat dalam Internet boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang inginkan maklumat terkini. Apabila komputer disambung melalui wayar telefon maklumat di seluruh dunia akan diperolehi oleh pelanggan Internet dalam sekelip mata sahaja.
Setiap komputer yang menggunakan modem berfungsi menyampaikan maklumat atau menghantar dan memberi laluan data. Pendekata maklumat dalam Internet boleh dicari kerana ianya ada dalam sistem Internet tersebut.
Tambahnya lagi, melalui Internet setiap pengguna mendapat pelbagai maklumat yang diingini termasuklah maklumat perniagan. Iklan juga akan dapat diperolehi melalui Internet sehinggakan banyak barangan boleh dibeli melalui Internet.
Pengguna Internet hanya memerlukan sebuah komputer samada DOS, Window's, 05/2 ataupun Machintosh yang mempunyai kecepatan modem yang tinggi untuk memperolehi informasi dalam bentuk teks, grafik dan gambar.
Antara program yang terkandung dalam Internet ialah E-Mail, Chatting, Gopher, WWW, News Reader, Netscape- Win Tapestry, Mozaic dan lain-lain.
Sebagai contoh melalui WWW, pengguna Internet boleh melihat hampir 3 juta homepage yang menyediakan pelbagai informasi data perniagaan, pelajaran, objek, berita daripada Rumah Putih liputan berita daripada Malaysia seperti New York Times, Time, Life dan lain akhbar dan majalah dari seluruh negara.
Melalui Gopher kita mendapat bahan rujukan ilmu pengetahuan, majalah dan buletin tertentu dan buku, melalui Hot Java pula pengguna boleh menikmati muzik, games dan video klip daripada penyanyi seluruh dunia dan pelbagai maklumat lagi.
Sementara melalui perpustakaan Internet pula, setiap permasalahan dapat diketahui dengan mendalam. Sebagai contoh, seorang pelajar yang melanggan Internet akan dapat mempelajari sesuatu bidang atau mata pelajaran dengan cepat dan mudah hanya dengan menekan satu butang sahaja.
Kalau dahulu kita berhubung dengan syarikat atau rakan karib dengan berutus surat tetapi kini semuanya boleh dilakukan melalui Internet. Melalui program E-Mail, kita dapat berhubung terus dengan syarikat atau individu lain tidak kira di mana sahaja untuk membincangkan soal perniagaan, peribadi, pendidikan dua hala dan sebagainya. Program ini benar-benar mendatangkan faedah dan menjimatkan kos perhubungan dua hala.
Dengan kata lain Internet menyediakan maklumat secara terus tanpa sekatan atau tapisan dan terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih mana yang terbaik untuk mereka.
Namun penggunaan Internet tanpa sekatan hanya akan memberi kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggunglawab melakukan sesuatu yang tidak baik sedangkan Internet diperkenalkan untuk membantu manusia dalam mengharungi arus teknologi maklumat.
Kadang-kadang apabila bercakap tentang Internet kita terlalu mengharapkan tahap keselamatan yang tinggi. Sedangkan kalau kita lihat maklumat yang ada dan bukannya dalam Internet tidaklah selamat. Apabila bercakap tentang komputer kita lebih memberi penekanan tentang soal keselamatan sedangkan apabila dilihat dalam penggunaan harian seperti penggunaan telefon, faks, kertas, fail dan lain-lain perkhidmatan ini juga tidak cukup kuat tahap sekuritinya. "Berbalik soal sekuriti, terdapat banyak tahap sekuriti untuk menentukan bahawa maklumat itu tidak dicerobohi oleh orang lain. Walau bagaimana kuat pun tahap keselamatan ini tidak boleh menjamin 100 peratus sebagaimana kita tidak boleh menjamin kekukuhan sebuah bank menyimpan duit akhirnya kena rompak juga. Jadi pel- ,bagai langkah perlu diambil untuk memberi tahap kese- lamatan yang tinggi. Ini termasuklah dari segi penggunaan hardware, sofware dan sebagainya. Tetapi lagi tinggi tahap keselamatan lagi tinggi kosnya. Kalau kita sanggup membayar lebih kita boleh mendapat tahap sekuriti yang tinggi juga," ujarnya memberi pandangan.
Menurut beliau lagi, soal sekatan adalah masalah yang sukar dibuat dan tidak boleh diatasi dengan mudah kerana maklumat boleh disebarkan bukan sahaja dengan Internet tetapi boleh disebarkan melalui CD-Roms atau pita video yang tidak boleh dikawal penggunaannya.
"Masalah boleh wujud bukan hanya dengan Internet sahaja. Tetapi dari soal maklumat kita mesti melihat dari dua pihak. Pertama ialah dari segi maklumat negatif yang masuk dalam saluran Internet dan yang kedua ialah saluran yang sama yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat kita sendiri. Jadi kita harus menggunakan saluran yang sama untuk menangkis maklumat yang salah itu.
"Internet telah memberi satu cara hidup yang baru dari segi sosial, politik, kerajaan dan sebagainya. Ia memberi implikasi yang besar kepada kita. Kita tidak boleh lagi hidup dengan kaedah lama iaitu dengan cara yang bukan berasaskan elektronik. Kita perlu menukar cara-cara kita melakukan sesuatu. Kerajaan juga telah menekankan soal pendemokrasian maklumat. Maknanya maklumat harus diperolehi oleh sesiapa sahaja dan sesiapa sahaja boleh memberi pandangan. Asalkan ia tidak sensitif dari segi bangsa dan agama. Selagi kita tidak lari daripada landasan itu ia tidak menjadi masalah yang besar.
Kesimpulannya, sekatan fizikal bukanlah cara untuk menyekat maklumat. Dengan kata lain maklumat hanya boleh dikawal melalui tangkisan sendiri," beritahunya.
Selain itu ujarnya, kesan sampingan hanya boleh berlaku kerana kita belum bersedia untuk menerima atau berhadapan dengan maklumat-maklumat yang kita tidak sangka-sangkakan atau perkara yang berlaku di luar daripada jangkaan kita.
"Dalam mana-mana hal sekalipun jika kita sudah bersedia bahawa perkara itu akan datang dan kita pula telah dididik sepenuhnya serta diberi peluang untuk mengkaji masalah itu saya rasa ia tidak akan memberi kesan sampingan. Yang penting adalah ketahanan diri dan bagaimana kita dapat menangkis segala maklumat-maklumat baru ini kerana maklumat ini sentiasa akan datang melalui Internet, televisyen dan parabola,"jelasnya lagi.
Apa yang datang dari sumber Internet akan terus sampai kepada pengguna dan tidak ada orang tengah yang boleh menapis setiap maklumat tersebut. Dengan kata lain, peranan orang tengah akan menjadi lebih kecil dengan adanya Internet. Kawalan hanya boleh dikeluarkan daripada pihak pengguna samada dari segi kawalan emosi atau fizikal. Sebagai contoh ibu bapa boleh mengawal anak-anak supaya menggunakan Internet dengan betul.
"Ada perisian tertentu yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengawal anak mereka dari menggunakan Internet secara berleluasa dan berseorangan. Kanak-kanak perlukan bimbingan dari ibu bapa. Sebagai contoh softwore yang dipanggil Net Nanny dan Cyber Patrol program membenarkan ibu bapa mengawal penggunaan Internet terhadap anak-anak," tegasnya.
Menyentuh tentang masa depan Internet dalam jangka masa 10 tahun lagi, kata Dr. Mohamed, mungkin di masa hadapan setiap rumah mempunyai Terminal Internet atau Terminal Network mereka sendiri.
"Kami berhasrat agar setiap rumah di masa akan datang mempunyai telefon yang boleh disambungkan kepada Internet. Apabila masuk sahaja ke rumah sudah ada alat Internet cuma jika mereka hendak menggunakan Internet untuk tujuan mendapatkan maklumat tertentu kita harus membayarnya. Sistem Internet juga boleh menjadi saluran untuk pemasaran jualan. Mungkin di masa hadapan kita tidak perlu membeli televisyen kerana dengan adanya terminal penggunaannya pun seakan sama dengan fungsi televisyen. Dan sudah tentu ketika itu harganya akan lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat," tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification