Thursday, November 3, 2011

TIPS- Lajukan Internet

Cara lajukan internet ini hanya dijurus kepada pengguna Microsoft Windows 98/ME/2K/XP/NT.
Kepada pengguna Linux/BeOs/RedHat/Lindows atau yang lain daripada Windows, sila minta bantuan daripada yang pakar didalam operating system tersebut. Berikut adalah beberapa cara untuk melajukan internet anda..


1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ , default wallpaper ialah warna biru muda. Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper,terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa di IRC atau semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda..Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet dan juga di IRC!

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda. Sama juga bagi pengguna yang gemarkan IRC yang ingin dapatkan fastest ping access buka satu IRC client sahaja jangan lebih daripada satu kerana ia akan melaggingkan PC anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembalik jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan..

6. Jika anda menggunakan dialup dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan best setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus..

10. Kurangkan install game didalam PC anda jika mempunyai hard disk yang besar, sama juga kepada yang mempunyai hard disk yang besar…biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam/lekat/kejung etc.

11. Gunakan Windows 2000 kalau anda inginkan kepantasan internet yang terlaju yang mampu dirempuh oleh sebiji dial-up modem didalam sebuah PC.Tidak kira Windows 2000 versi mana sama ada Server/Professional/Advanced Server ia adalah versi Windows yang menawarkan internet yang terpantas sekali yang pernah saya cuba dan mengalahkan Windows XP ~!

12. Line yang laju dan tidak drop adalah yang tidak lebih daripada 2km.Kalau lebih daripada 2km,data yang lalu daripada line anda mungkin akan drop jadi akan lebih mudah disconnect atau lagging ( lembab ).
Jadi kalau yang memang tinggal jauh daripada pencawang atau server telekom di Malaysia dari 2km jadi memang lembab jawabnya, kalau buat semua tips dekat atas itu line anda mungkin hanya akan meningkat dalam 2X ganda daripada yang lama berbanding line yang memang berdekatan dengan pencawang telekom iaitu dalam 6-7X ganda daripada line yang lama..Insya Allah !

1 comments:

amir watanabe said...

sangat membantu terima kasih...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification